2013 part 1


Hai hai hai. Fuh fuh fuh. Ish habuk, fuh. Ehem err Assalamualaikum. Wahai pembaca blog ku yang tak seberapa ini, beta minta maaf kerana sudah lama tidak meng-update blog ini. Semua sedia maklum bahawa beta sangatlah busy. Jika tidak, masa beta nak update, ada je benda lain nak buat. Tak pun, memang tak ada niat langsung nak update. Mwahaha. Last update pun pasal tetris, itu pun memang mati akal dah nak tulis pasal apa. Dah ada orang tu, tolonglah update, tolonglah update. Ni 2 orang pula, tolonglah update, tolonglah update. Hidup beta ini bukanlah semeriah hidup korang. Kais pagi, bangun pagi, tak gosok gigi, tidur semula. Mwahaha. Lepas bangun tu gosoklah.. Shhhh. 

Sekian sudah pembuka kata, makan beta turun pangkat. Pakai aku lah senang. Alhamdulillah waktu menaip ni masih dikurniakan nikmat iman dan islam *ayat badar*, diberi nikmat tarik dan hembus nafas, diberi kemahiran untuk menaip dengan bergaya, pfft. So, em mana nak start eh? Em *fikir* aha! Okay pembaca yang disayangi sekali, buat pengetahuan anda, aku sekarang ni dah jarang duduk rumah. Oleh hal yang demikian, maka secara tidak langsungnya blog ini sangatlah susah untuk di-update manakala secara langsungnya waktu aku balik, ada banyak benda lain yang nak buat. Eeee ayat macam mat bangla. Aku ke mana? Pada tanggal berapa haribulan aku tak ingat, aku telah ditawarkan ke sebuah sekolah berasrama penuh dan menerimanya dengan hati yang excited. Maka pada tanggal berapa haribulan lagi aku tak ingat juga, aku telah pergi ke sebuah sekolah yang diberi nama sm sains tapah, di jalan pahang. Sungguh pun begitu, sekolah ini terletak di negeri Perak. Aku pun pening juga mula-mula. 

Okaylah, memang aku nak + ayah nak aku masuk asrama. Dah ada tawaran, terima je la. Sebenarnya dalam hati nak mrsm tapi dah result sbp keluar dulu, and aku dapat, terima je. Kalau reject, tunggu mrsm then tak dapat macam mana? Mahu tak merana duduk sekolah harian tu. Err sbp pun merana sebenarnya.. Malam aku dapat tau yang aku dapat sbp, aku jadi pening. Tak silap aku, aku tulis tak setuju kalau ditempatkan ke sekolah lain sebab aku mintak sas. Tinggi cita-cita, kahkah. Entah macam mana boleh ada nama kat situ, ayoyo. Takpelah, memang aku dah doa kat pencipta kita, berilah aku sekolah yang terbaik. Itu yang aku dapat, dan aku terima dengan seadanya.

Dah tau dapat sesta (singkatan bagi sms tapah) apa lagi, dengan kemudahan teknologi yang ada di rumah lantas menggunakannya dengan sebaik mungkin untuk mendapatkan maklumat tentang sekolah itu. |maaf ayat terlalu gempak, ppt baru ini markah bm teruk| Youtube, google, twitter, facbook semua aku geledah nak cari maklumat. Sekolah ni macam mana apa semua. Sekali jumpa website, baca pasal rumah sukan, spirito, rumah merah no 1. Terus doa mintak dapat rumah spirito. Tengok lagi allegro, rumah biru no 4. Sampai sesta dapat allegro. Apalah malangnya nasib.... Dapatlah dorm Allegro, no 39. Nasib baik tingkat 2, tak atas sekali. Pheww...

Teruskan membaca!

Alhamdulillah, semuanya okay. So far so good. Dorm mates pun okay. Ada junior yang emm okay, dorm semua okay lah. Tingkat semua okay. *ini pun nak bagitahu* Asrama pun okay. Sekolah pun okay. Nak tahu something? Aku orang yang paling cepat sodorm dekat sekolah tu, kata seorang dorm mate ni. Dah mana aku tahu kena solat di surau, lagi pun dia yang buat dulu -_-'' Seminggu pertama tu, orientasi. Minggu kedua dah masuk kelas. Dapat tempat tepi, belakang. Panas.... Haih, penatnya nak cerita satu-satu. Rehat jap..