PMR result is getting near

Assalamualaikum, selamat sejahtera, peace be upon you oh and merhaba!

PMR result is getting near, I know batch 98 would be scared to death, waiting for the result. 8 subjects, 3 more than UPSR. Well, I know you guys (batch 98) did your best, and whatever the result, it is what you deserve. 

"Allah takkan ubah nasib seorang hamba melaikan hamba itu yang mengubahnya sendiri"

Dah result lagi dua hari nak buat apa kejadahnya nak dapat result bagus ni?! I don't know.....

Yes, mesti la semua orang takut, gementar, cuak, berdebar nak ambil result. 3 tahun bertarung di menengah rendah. macam-macam dah yang dilalui. Jumpa menatang algebra, elok belajar nombor tiba-tiba ada x and y eee pergi duduk Alphabetic semula sibuk nak duduk dekat nombor. Jumpa lagi iklim-iklim. Belajar tentang residen-residen yang handsome. Belajar nak pendekkan karangan yang panjang. Belajar pasang komponen di litar elektrik. Ilmu-ilmu rumahtangga. Pfft. 

Itu yang book worm! Yang jenis main-main ni?! Siapa jenis ni sep sikit. Kita main-main juga tapi study tetap study. Most important? Akhlak and iman beb. Hablu minan nas. Sebab apa? Sebab semua ni effect result kita. 

Alamak macam mana ni apa nak buat ni.. Doa, minta maaf kat Allah, semua orang. 

Kalau aku, masa ambil result dulu la, bangun pagi, gosok gigi cuci muka terus mandi, minum kopi makan roti, pergi sekolah ambil result ~ Pagi tu aku berdoa, dengan tips, takut dan harap. Maksudnya? Ish takutnya tak dapat apa yang kita nak, tapi berharap boleh dapat apa yang kita nak, dengan yakin bahawa dengan izin Allah sahaja aku mampu dapat apa yang aku nakk. Aku boleh. Itu kata hati aku pagi-pagi tu. Sampai sekolah baru masuk pintu pagar dah tahu result, kawan pergi sebut. Spoil mood betul lah. Apa pun aku tetap bersyukur sehingga ke hari ni! 

Buat batch 98, yang sudi singgah dan baca post ni, walau apa pun result yang kau orang dapat, straight A ke, kecundang satu dua tiga malah lapan sekali pun, jangan berputus asa. Yang berjaya, bersyukur dan terima kasih lah kepada semua orang. Yang kurang, lihat kembali kelemahan diri, mungkin bukan dari sudut study, mungkin ianya kurang daripada segi hablu minan nas mungkin?  Peluang untuk baiki diri sendiri tak pernah sempit. 

Semoga berjaya! 


luqmangg