A month as a senior in 5 Alamanda

Assalamualaikum

Hey dah nak masuk bulan 2 untuk 2014, wohoo! Maknanya sudah sebulan aku menjadi senior di sesta. Well this year is quite amazing but it is super duper tiring. We go back from school at 2.15 and have to be at class for prep at 3. Wait 3.15 I guess. Mungkin ini faktor yang kuat kenapa badan aku tak naik naik. Peliknya, tak pula ia reti nak turun. Ish nak naik sebenarnya takkan nak ambil weigh gain kut.

Form 5, makin tough la kan? Apa yang aku belajar ni ada yang ternganga, ada yang diajar faham molek dah, cikgu tanya balik, aku cari ilmu tu dalam otak tak pula ku temui. The best thing is what I learnt so far, benda yang paling best pernah aku belajar. For examples, what is lymphatic system, how your body defend from pathogen which are bacteria and viruses. Another amazing thing is for mathematic modern subject. Out of 10, we have learnt 7 chapters so far hahaha.

Classmates semua okay, ada yang pelik, yang membahan orang tak habis-habis. Aku join yang membahan orang lah. Cikgu Nadira, guru kelas yang super awesome belanja kami cake sempena birthday anak buah beliau. Again, classmates semua okay. Yang kurang okay, kawan-kawan kelas lain. Tak lah semua, sesetengah mereka sanggup panggil kami robot. Tak tahu lah bergurau ke apa tapi kalau aku, aku anggap gurau je, mana pernah ambil serious benda-benda macam ni. Tapi bila fikir balik, apalah salah kami, kami hanya diletakkan mungkin sbb result, or Allah swt dah tetapkan? Cuma kalau ada batch mates yang baca, ketahuilah kami sentiasa menanti kedatangan korang, untuk tanya ke belajar sama-sama ke. Kami ni pun takde lah pandai mana sebenarnya. Hidup ni terlalu sekejap untuk berlagak pasal benda ni semua. Lagipun kepandaian ni kan Allah punya. Allah dah bagi dekat kami, and we would like to share, achieving success together. Macam mana lah boleh timbul perasaan malu untuk bercakap dengan budak pandai lah apa lah. Ish macam-macam.

Riadah di sekolah agak hambar tahun ni, mungkin team bola sudah hilang minat nak main bola padang, lebih suka main futsal. Futsal pun best apa. Yang bestnya, semua pelajar kat sekolah boleh main sama-sama tak kira batch. Rule dia simple, satu goal keluar. Selama ni main je lah dengan form 4, form 1 pun ada baru masuk. Haha comel je. Baiknya senior sesta tahun 2014 ni kuikui.

That is all for January.