Assalamualaikum.
Aku berlindung dengan nama Allah daripada syaitan yang direjam.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah s.a.w
Buat pengunjung blog yang dikasihi.
Alkisah sejurus balik dari sekolah asrama yang tercinta, sesampai sahaja di rumah kelihatan sebuah komik dibiarkan di atas sofa. Aku meneliti komik tersebut. Misi 10A? Dah baca rasanya. Ehh ada perkataan finale. Em rasanya belum baca ni. Takpe nantilah baca. Dan akhirnya aku baca. Dan dua kali juga nak menitis air mata baca komik misi 10A yang memang sebati dengan jiwa seorang pelajar macam aku ni. Tsk tsk.. Kalau nak diceritakan semula di sini akan panjang berjela lah post kali ini, jadi aku nasihatkan carilah sendiri komik tu, karya Afiq and Nazry memang aku bangga ada anak Melayu yang berbakat macam mereka. Dan pada penghujung cerita komik inilah yang memberi inspirasi atau idea untuk post kali ini.
Semua sedia maklum diri ini sudah hampir mencecah 17 tahun. Diri ini dan rakan-rakan samada daripada satu sekolah atau bekas sekolah atau kawan maya yang sama umur sama-sama berjuang untuk 'big exam' tahun ini. Bagi seorang pelajar, this is the biggest exam of all exams. SPM choo bak kata budak sekolah aku. Pfft. Masing-masing memasang impian untuk mendapat apa yang diimpikan oleh semua orang pelajar iaitu cemerlang tertinggi dalam semua subjek yang diambil. Kalau tengok wall, bio twitter kawan-kawan, ramai yang letak 9A+ SPM 2014 di bio mereka. I can say, fuyoo semangatnya... Aku pun tak semangat macam tu. Takpe lah, benda tu is good for them, I mean usaha kalau ada matlamat yang jelas akan lebih berkesan. Aku ada lah matlamat aku sendiri ;p
Namun begitu, apa yang aku lihat, walaupun mereka ini bersemangat, ada di antara mereka yang perbuatannya tak kena. Sebagai contoh, ada yang semangat pergi kelas sana sini study group tak turun riadah la itu dan ini tapi time solat, dia solat sendiri walhal ada jemaah. Aku naik hairan. Puas aku fikir. Kenapa sanggup solat sendiri walhal ada jemaah padahal nak SPM? Eh sat apa kena mengena solat dengan SPM? Aku fikir serajin mana pun kita study, siapa yang tentukan result kita nanti? Siapa yang jaga hati pemeriksa kertas kita nanti? Siapa yang jaga hati kita sewaktu peperiksaan nanti? Ibu ayah kita? Kawan-kawan study group kita? Cikgu-cikgu kita? Tak! Siapa?!
Allah S.W.T!!!
Imagine you want to give something very precious gift to someone but s/he doesn't take care of your heart, do things you don't like. Will you give him/her the precious gift?
Jadi aku datang dengan satu konklusi.
Dalam kita mengejar 9A+ atau straight A+,
ada satu A yang sangat penting untuk dikejar.
A yang membuka ruang 9A+.
A yang mampu memberi kita semangat.
A yang memberi kemanisan kepada hati.
A yang menentukan segalanya.
'Allah'....